Friday, April 30, 2010

Siri Kembara Ke Pulau Tioman

Tak sempat nak post lagi sebab kena bersiap-sedia ke Kluang esok pagi untuk kenduri Mak Ngah Zaharah.

Jadi sementara tu, nikmatilah gambar yang penuh makna ini..


Nak buat karangan pun boleh, emailkan pada aku. Karangan terbaik akan diberikan hadiah berupa posting karangan anda secara percuma di adrianberdongeng.blogspot.com dan RM2.50 (sometimes less is more, kan? haha) bergantung pada mood semasa aku. Ahaks.

Wink! Wink! ;p

Wednesday, April 28, 2010

Aku terdampar di Pulau Tioman

Lalu menjadi tempat abu rokok...


Ikuti cerita lanjut mengenai Kembara 3 hari 2 malam Adrian ke Pulau Tioman selepas ini..
(Ingat Dr. Fazley je boleh buat cerita 3 hari 2 malam? Aku pun boleh, cuma takde gitar je lah..)

Wednesday, April 21, 2010

Ayang yindu semua.. :)

Buat masa ni ada tiga orang manusia yang sering mengundang kerinduan aku pada mereka. Bagai ditusuk-tusuk sembilu rasanya.

Salah seorangnya Remy, anak buah aku. Remy dah nak masuk 8 bulan dan jadi bertambah-tambah manja. Tak boleh dengar bunyi terlalu bising atau kena jerkah sikit dengan ayah atau paklong dia, nescaya jeritan batinnya akan dizahirkan dengan penuh perasaan. Tapi bila hulur plastik, secara otomatis tangisan dia akan berhenti. Padahal masa dia baru lepas dibersalinkan oleh ibu dia dulu, pantang betul dia dengar bunyi plastik maka dia akan terkejut dari tidur dan meronta-ronta kengiluan.

Aku plak pantang jumpa dia, aku akan baringkan dia kat dada aku dan hummingkan lagu keroncong Hujan dalam cerita Mukhsin tu...Mega mendung di angkasa... dan dia akan tertidur dengan lenanya dalam dakapan aku. Owh..bau rambut dia sangat sweeeeettt..baby la katakan..dah besar nanti jangan jadi busuk macam ibu kamu ye..hahahahaha!

Payah betul nak buat dia ketawa. Muka dia pun macam tak ada perasaan. Penat aku berusaha nak buat dia gelak..dia buat donno je..tapi bila orang senyap tak buat apa-apa, tiba-tiba dia ketawa..seram tak?

Aduh..rindu..baru lepas jumpa dia tadi..tapi tak habis lagi rasanya rindu ni pada Remy. Ayang yindu Yemyyyyy!

Lagi seorang, anak angkat ayah aku a.k.a adik angkat aku, Yang-Chuk. Dah lama tak jumpa dia. Dia ada kat rumah mak dia. Skarang umur dia dah 2 tahun lebih. Dia ni akan tegur aku dari jauh lagi, "Naaa!(Kak Ina)". Tu pun kalo dia tak mamai la sebab time ni dia akan melekat dengan ayah aku je. Orang lain di-bolayankan je. Kelolo mamat ni. Makin besar makin terserlah keloyaran buruknya. Baru 2 tahun tapi tak pernah kering gusi dengan dia ni. Ada je idea dia nak buat orang ketawa. Menari lah, menyanyi lah, main gitar lah.. Kang orang tak ketawa, marah plak. Hik hik hik. Pulak tu suka membebel 'bahasa dia' dan bila takde sapa yang faham dan dia akan tampar dahi dia. Macam orang tua. Ahaks!

Dia ni pun wangi. Bila jumpa dia aku akan peluk dia sampai dia mengamuk-ngamuk minta lepaskan diri. Tapi dia sangat comel dan aku akan peluk dia lepas tu ayah aku pun ngamuk dengan aku sama. Pilih kasih la tu.

Yang-Chukkkk..Kak Ina yinduuuuuu!!!

Dan lagi sorang..aku ni macam dah hilang arah pun ada dibuatnya. Tapi apakan daya.. Marilah kita doakan orang-orang tersayang kita dalam keadaan sihat dan sejahtera. Amin...

Tuesday, April 20, 2010

Tengahari yang sebu...

"No airrr..no airrr..." - meracau-racau macam Jordin Sparks, seronok juga layan lagu gini.
Masa aku tengah menaip ni dah masuk part die jerit tinggi-tinggi tu..

Tangan ni gatal aje nak menghapdet tapi tak tau nak taip apa..aku nak p makan.

Sementara tu,

silalah men'spero'kan mata anda dengan hasil di bawah..
Ini meja Cik Melur, betul belakang meja aku ni je..
dengan izin tuan tanah kedaung, aku buat ni masa dia tengah cuti sebab kalo time dia ada lagi bersepah-sepah meja dia..pening la aku nak siapkan.


komen daripada anda dialu2kan untuk membaiki gerak tangan ini..
tima kasih..

Penerangan (cewah!) :
Salam Selasa :)

"Malu...malu, tapi mahu..
Kini baru kutahu..
Diam-diam jatuh cinta..
Bersama akhirnyaaaa..."

Sempat lagi layan Diam Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram sebelum nak tutup ayat ni.. ;)

Saturday, April 17, 2010

Meh le ke Melaka!

"Yan, ko nak ikut aku pi Melaka tak?"
Nak! (tak sempat pikir)

Ada apa?
"Treasure-hunt"
Nak! (tak sempat pikir)

"Ko pernah masuk treasure-hunt?"
Tak. (tak payah pikir)

"Er...takpelah, sok kita gerak pukul 6 pagi tau"
Ok. (tak sempat pikir)

Perbualan 'tak sempat pikir' antara aku n Ipie..

~~~

Aku pernah la join program cari harta karun yg walk hunt tu..berlari-lari anak ke sana sini, merentas lorong dan dinding..tapi kali ni 1st time aku join yg merentas negeri. Sangat..sangattt..seronokkk.. :)

Lanjutan daripada perbualan petang Jumaat di atas, pagi Sabtu, 3 April 2010..pukul 6.15 pagi aku dah terpacak depan umah Ipie tunggu Cae dan kakaknya amik kitorang untuk ke tapak kejadian.

Tujuan : Program Treasure Hunt 2010 "Meh le ke Melaka" oleh Tradewinds Corp. Bhd (tempat keja Ipie)

Nampak aku tak?

Hala tuju
: Avillion Legacy, Melaka
Jumlah penyertaan : ~30 bijik kereta
Flag-off : Taman Tasik Permaisuri @ 7.45am by En. Farez Hassan (cute ;p)
Nama dan Ahli kumpulan : KAMIKAZE & Ipie/Sam/Kak Mai/Aku
Breakfast : Teh O suam, nasi lemak & air mineral
Makanan santai dalam kereta : Karipap, kuih keria, gula-gula kaler purple..ngeeee ;P

Atas : Nampak aku lagi tak? (Hint : tangan yang tunjuk peace--hint ke ni?)
Bawah : KAMIKAZE (dari kiri - Ipie / Wanita Cantik / Kak Mai / Sam)

Kereta dipandu oleh Sam dengan berhati-hati dan menjadikan Ipie sebagai navigator yang berwibawa sementara aku dan Kak Mai menyelesaikan klu-klu yang diberikan..(er..aku banyak BACA soalan je..ngeeee). Untung aku join group ni sebab aku sorang je 1st timer dan yg lain dah ada 3x pengalaman..Ipie banyak tolong ajar aku main game ni.

Kitorang mula beraktiviti dengan hatiku penuh berdebar-debar sebab tak sabar nak sampai Melaka dan menikmati makanan pedas-pedas kat sana. Kitorang banyak habiskan masa kat Linggi mencari jawapan yang betul-betul depan mata, tengah panas..siap lepak kat stesen bus pasal dah tak larat nak berjalan. Walaupun tulips tak berapa nak jitu, tapi dengan semangat kepasukanan yang tinggi (aku tido dari Rembau ke Melaka) kitorang dapat tamatkan permainan dan tiba di lokasi yang ditetapkan ngam-ngaaaam waktu - 3.30pm.

Dapat juga aku merasa jalan kampung atau dalam erti kata modennya, jalan dalam ke Melaka. Menyaksikan suasana kampung yang mendamaikan sambil dipanah sang mentari..pergh..layan.

Lepas check-in kat hotel, kami geng 8 budak itam (dengan group Cae) bergegas ke kedai mamak berhampiran untuk mengisi perut yang bergendang-gendut tali kecapi.

Atas : Mee Goreng Bakar Lidah
Bawah : Aku dalam cubaan menahan pedas sambil buat muka tak ada hal tapi akak sebelah aku lagi selamba.


Lunch (pukul 4 masih dikira lunch ke?) : Mee Goreng Pak Itam + Limau Ais
Komen : Bapakkk pedasss...

Lepas rehat-rehat kat bilik, aku & Ipie ronda-ronda sekitar hotel and sempat sambar kasut cantik kat The Store untuk dinner malam tu.


Tema Dinner : Warisan Melaka
Tema aku : Warisan Jawa

Malu lah..aummmm

Dinner : Rendang Ayam, lauk Kambing, Sayur + Cendawan Goreng, Kek2, Kuih2 dan air oren yang bergelen-gelen.

Time aku nak makan ni, time tu la Ipie nak amikkan gambar Kak Mai, siap suh aku ke tepi lagi..keji taw..

Sambil makan, kami dihidangkan dengan slide show sepanjang pertandingan siang tadi dan cabutan bertuah (setiap saat telinga aku menantikan nama aku naik sambil memastikan mulut penuh berisi makanan..multi-tasking tak?). Tapi makanan dah abis, nama aku tak juga naik-naik..takpalah..nak buat camana...*sayu

Tiba masanya untuk penyampaian hadiah..jeng!jeng!jeng!

Kamikaze dapat tempat ke-3! Houyeahhhh!

Houyeahhh!

Dan akhirnya,

Aku dapat cabutan bertuah ke Pelangi Beach Resort, Langkawi selama 2 hari 1 malam...kemudian buat sistem barter dengan Cae, Mutiara Johor Baru selama 3 hari 2 malam..Yiha!
Saja buat last minit, suspen I tau... :P

Taddaaaa!

Malam tu kami sambut kemenangan dengan ber-bowling kat Mahkota Parade. Macam biasa, aku mesti dapat last..cuba korang ajak aku main tutup tin ke, congkak ke, balik selipar ke, polis sentri ke...kompem aku kalah juga! Tapi tak kisah lah pasal Treasure Hunt, team aku dapat no 3. Hahahahaha!

Sesi bergambar dengan Sampul Kemenangan

Makan lewat malam : Roti canai banjir & Nes Tarik

Esoknya, lepas breakfast-tak-hengat kat hotel, kitorang check-out dan pusing bandar Melaka..posing-posing...sempat singgah makan cendol pulut, ngeeee ;p

Kesimpulan : Aktiviti dihujung minggu ditaja sepenuhnya oleh Tradewinds Corp. Bhd. (yuran pendaftaran, shopping dan round bandar Melaka adalah hasil duit tempat ketiga - sorang dapat RM200). Sangat seronok dan rasa nak buat lagi, lagi, lagi...ada company sapa-sapa nak buat Treasure Hunt tak? Meh aku nak masuk...(berlagak)

Bersama rengrakan baru dari Tradewinds

Nantikan "Meh le ke Melaka!" siri 2..tak nak tunggu? Takpe..aku nak tunggu pasal ni blog aku...kan?

Monday, April 12, 2010

Bad mouth, Bad timing

Takde benda nak cerita tapi bila ko berada dalam posisi keboringan yang melampau, inilah salah satu pilihan yang ada untuk mengisi masa lapang @ buat-buat lapang ---merapu-rapu diblog sendiri. yeayy!*tiba-tiba

Baru lepas bersembang dengan kakak opismate aku pasal member aku lagi sorang. Bukan mengumpat..berdiskusi aja, ok...ahaks~

Ntah macamana boleh buka cerita, aku bagitau kat kakak ni yang aku suka menyakat member aku tu. Saja. Sebab dia suka sakitkan hati kalo bersembang dengan aku.

Kakak ni pun respon, "Takut nanti kau 'melekat' dengan mamat tu"
Dan aku dengan selambanya jawab, "Tak nak..pendek" sambil bergerak ke meja aku.

Serentak itu aku tertoleh sikit, rupanya aku menjawab saat aku betul-betul lalu depan boss yang sememangnya sangat 'renek' daripada aku..tak sempat aku tengok respon dia, aku terus jalan laju-laju.

Maafkan saya...
Jawapan berkenaan takde kena mengena dengan anda.
Peace, peace..no war (",)v

Betul la kata orang tua-tua;

Cakap siang pandang-pandang sebab terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..
hamik ko, kompilasi.

Friday, April 9, 2010

Dan selalunya begitu...

Oh, woman..

Kamu hampir-hampir menaikkan kemarahanku (dan selalunya begitu) apabila aku berurusan dengan kamu.

Kadang-kadang (dan selalunya begitu) aku merasakan kamu sungguh sengal namun tetap gaji kamu lagi tinggi daripada aku..

Seringkali (dan selalunya begitu) aku cuba untuk mengelak daripada bekerjasama dengan kamu, apakan daya kita bekerja untuk company yang sama.

Bilakah kamu hendak berhenti?

Steamboat Endut

Baru balik berehat-rehat daripada makan malam - Nasi Goreng Ikan Masin di De' Mawar Corner, tiba-tiba...

Ow'oh..kamu ketahuan..pacaran lagi
Dengan dirinya..teman baikku..
*Caller ringtone aku

"Assalamualaikum, Ina.."
Waalaikumussalam..kenapa, Kak Winee?

"Malam ni Awien buat steamboat"
Orite, pukul brapa?

"Brapa-brapa pun takpe"
Set!

Pukul 10.30pm ----

Malam steamboat tak hengat!

Antown cakap aku "endut"..hahahaha!
Endut pun endut la..endut tapi comel
Apa ada hal... ;P

Thursday, April 8, 2010

Torehan Jiwa

Dengan nada, lagu dan irama
Kuluahkan jua, rasa kecewa...

Erk...

Sayup-sayup kedengaran lagu Ukiran Jiwa - Awie dari bilik sebelah.
Tak semena-mena, mood aku yang tengah gumbira la-la-la bertukar menjadi jiwa lara ra-ra-ra ah ah..gaga oh la la...want your bad romance...opss, tersasar!

Berubah 180darjah (Celcius?) tanpa bantuan atau asakan daripada mana-mana pihak.

Kedamaian yang kucari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Jejaka yang pernah menjadi tempat sandaran hati aku memang minat dengan Awie ni. Selalunya kalau aku naik kereta dia, berkumandanglah suara dan lagu mamat ni sebagai background music per-datingan hari itu. Kadang-kadang kalo datang angin jejaka ni nak menyanyi, ada la nampak gaya Awie sikit-sikit. Tak sedar muka tu macam perompak (aik, marah nampak?)

Dengan nada, lagu dan irama
Kuluahkan jua, rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta...mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang dinanti
Dengan rela kulepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat

Tersentak dengan hebat diiringi sedikit keluhan kecil.

Semua dah jadi sejarah. Nasib baik cerita cinta-tak-kesampaian aku ni tak masuk dalam soalan Sejarah SPM. Kalo tak, mesti aku akan jawab dengan berdakwatkan air mata darah orang sebelah yang aku cucuk matanya dan cikgu akan menanda kertas jawapan dengan penuh ketakutan.

Bila lagu ni nak abis...

Ikut hati nak aku masuk dalam bilik tersebut dan penyek-penyekkan radio tu tapi rasanya daripada aku sakitkan tangan aku, baik aku bagi mute je, kan? Karang nak ganti radio tu pun satu hal.

Dengan nada, lagu dan irama
Kuluahkan jua, rasa kecewa
Pada cinta, yang dahulu kita
Ukirkan bersama

Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita

Akhirnya...

Untuk menghilangkan semua rasa ni, terpaksalah aku nyanyi lagu yang girang..

Adaaabi
, melazatkan!

Adaaabi, menyelerakan!

Mengandungi pelbagai rempah..
Melazatkan kari dah kuah!

Adabiiii...

Friday, April 2, 2010

Luahan hati seorang Lone Ranger yang lonely

Sekarang ni untuk cari 'si dia' payah betul nak jumpa.

Pada aku, lelaki baik dan memikat hati ni samada...

1. Dah kahwin / berpunya
2. Gay
3. Dah meninggal

dan point baru

4. Pendek sangat

Manakala perempuan baik dan memikat hati samada...

1. Dah kahwin / berpunya
2. Lesbian
3. Dah meninggal

dan point baru

4. Tinggi sangat


Tapi aku rasa baik macamana pun aku ni (point no 4 - ha ha ha) masih tak mampu masuk kategori atas sebab aku TAK CANTIK, kan abang? *kecik ati

Ni kategori-kategori bagi aku..korang camana?


*"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" - An-Nur':26

Umah sewa baru

Dah masuk hari ke-2 aku menyewa kat rumah baru..

Setakat ni semuanya takde masalah, kawasan rumah bersih sebab baru je buka flat ni.

Sewa murah. Deposit tak payah bayar.

Cuaca sentiasa sejuk (sebab aku selalu keluar awal-awal pagi dan pulang lewat-lewat petang; waktu yang redup-redup), tambah pulak dekat dengan kawasan berbukit-bukau. Malam-malam tak payah pakai kipas pun dah seram-sejuk. Sampai aku nak mandi pun kena pikir lama-lama sebab air pun sejuk..sejuk gila..tapi aku mandi jugak lah (ehem), takkan aku tak mandi pulak kan (ehem). Siap beli shower cream bau oren lagi. Lepas mandi rasa nak gigit-gigit kulit sendiri. Ahaks :p
(Banyaknyer perkataan berganda...)

Pagi-pagi Subuh dah boleh dengar azan dengan clearnya sebab surau betul-betul bawah blok umah tu. Jadi sepatutnya memang tak ada masalah untuk aku bangun pagi kalo lupa nak pasang alarm.

Stesen minyak pun dekat, jalan kaki pun dah sampai tapi rasanya kena bawak keta juga pasal takkan aku pulak yang nak hirup minyak kat situ...dah tentu-tentu untuk isi tong minyak kereta kan?

Nak pi kedai makan ayah aku pun dekat juga dengan jarak berjalan kaki, tapi aku rasa aku tumpang motor Siti kot (adik ipar kakak aku yang memang dah lama nyewa kat umah ni - sebab ni aku tak payah bayar deposit..ngeeee) pasal nak ke situ ada anjing-anjingan dan kena naik bukit sikit..eheh.

Harapan aku untuk kembali kurus dalam bulan lima ni kemungkinan besarrr akan tercapai memandangkan flat tu tak ada lif dan aku nyewa kat tingkat lima yang paling atas. Buat masa ni memang semput-semput la aku nak sampai depan pintu umah.

Terasa dah tua plak, lama sangat tak eksesais sebab baru panjat sampai tingkat 3 dah rasa nak terputus urat betis pasal tangga dia sedap-sedap je besarnya + aku pakai sandal dengan ketebalan tapak boleh tahan + laptop aku yg beratnya sama dengan beras 10kilo.

Bagi aku seminggu, lepas ni pasti aku siap berlari lagi naik atas. Boleh la aku main kejar-kejar 'Polis dan Pencuri' dengan budak-budak kat situ.

Polis sentri, want to jaga..
Polis mati, pencuri jaga..

Lariikkk!

Aku nak jadik polis sebab aku besar.

*Balik petang semalam masa nak tutup pintu, adik kat depan umah tu usha je aku..

aku senyum, dia senyum..aku tarik pintu gril
aku senyum, dia senyum..aku kunci pintu gril
aku senyum, dia senyum..aku tutup pintu kayu

petang kang aku nak menangis la plak..apa agaknya respon dia?